Kuih Kelantan

Kuih Buah, Talam,Puding,Segera,Anika Nasi Dan Lain2 Asli Dari Kelantan

Kuih Kelantan – Tepung Pelita

| 1 Comment

Kuih Kelantan - Tepung Pelita
Kuih Kelantan – Tepung Pelita RM55 untuk 100 biji

Bismillah, Salam, Kawan-kawan harini kita belajar sikit sebanyak tentang kuih kelantan yang agak masyhur juga la. Kak Ida saja nak share buat kawan -kawan cuba. Jadi ke tidak tak tahu mungkin nak kena belajar secara berdepan. Apa pun kita tak salah kalau mencuba kan. Antara kuih kelantan yang agak masyhur juga kalau tanya orang kelantan mesti kenal benar kuih ni. Nama rasminya Tepung Pelita, sumber nama dan tempat tercetusnya kuih ni tak dapat lah diberitahu secara fakta tapi janji masyhur kat kelantan.

Kuih Kelantan - Tepung Pelita

Antara adunan bahan – bahan:

Mulakan dengan  lapisan bawah dulu :

1) Gunakan 2 cawan tepung beras

2) Gunakan 1 sudu teh kapur sirih

3) Gunakan jus dari 7 helai daun pandan sebanyak 4 hingga 5 cawan

4) Gula pasir secukupnya

5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Untuk lapis atas :

1) Santan pekat dari 1 biji kelapa – kalau boleh santan yang baru diperah baru rasa asli dan tidak berbau

2) Gunakan 1 senduk tepung beras

3) Gunakan  ½ sudu teh garam

Cara :

Untuk lapis bawah :

1) Panaskan kukusan.

2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.

3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang.

4) Kemudian masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul.

5) Kukus sehingga masak anggaran 20 minit.

Untuk lapis bawah :

1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.

2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.

3) Kukus semula hingga masak.

nak tahu dah masak ke tidak cucuk dengan lidi kalau tak melekat masak la tu.

Jangan lupa anda boleh gunakan daun pisang sebagai bekas untuk masukkan tepung kuih ini atau beli saja bekas plastik ada kat kedai macam dalam gambar dah selesai. Kak Ida ada pasarkan juga kuih ni kalau-kalau tak sempat nak buat. Harga ikut harga pasaran RM55 untuk 100 bekas sesuai  untuk majlis rasmi atau apa – apa acara untuk kenang – kenangan.

senyum..

Share

One Comment

  1. I senduk tepung beras tu besaar mana senduknya

Leave a Reply

Required fields are marked *.