Kuih Kelantan

Kuih Buah, Talam,Puding,Segera,Anika Nasi Dan Lain2 Asli Dari Kelantan

Waktu Terbaik Minum Air Masak

| 0 comments

air-putih

Air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap
hari.

Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil
sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam
mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.
543643_274605999291764_220143308071367_607356_20302270_n
Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke
sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Malah,
Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes
tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit
serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis,
degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi,
meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Namun, tahukan
di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk
mengamalkan minum air masak?

Seeloknya, kita digalakkan untuk minum
segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena
serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam
pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.

Selain itu, minum air
masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan
tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan
sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.

Mengamalkan minum air masak
sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita
untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang
lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan
pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut
kita.

Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan
bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah
makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut
dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat
mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut
kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk
menjamah makanan yang terlalu banyak.

Bukan sahaja air itu sememangnya
penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat
kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka
masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum air masak
supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Leave a Reply

Required fields are marked *.