Kuih Kelantan

Kuih Buah, Talam,Puding,Segera,Anika Nasi Dan Lain2 Asli Dari Kelantan

KUIH CUCUR UDANG

| 0 comments

Bahan-bahan utk adunan tepung
300gm tepung gandum
1 biji bawang besar
100 gm isi udang
1 biji telur ayam
Daun kucai dihiris halus
sedikit garam dan serbuk perasa
½ camca teh soda bikarbonat
Air secukupnya
Pewarna kuning jika suka.

Bahan-bahan hiasan
Sedikit taugeh
Sedikit cili merah dipotong-potong
Udang basah secukupnya

Minyak untuk menggoreng
Senduk

Cara Menyediakannya
1) Satukan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Agak-agak pekatnya jatuh bertitis.
2) Panaskan minyak yang penuh dan kuali dan rendamkan senduk ke dalamnya. Agak-agak senduk dah panas, keluarkan dan taruk sedikit taugeh dan dengan menggunakan senduk lain, cedukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam senduk yang berisi taugeh tadi.
3) Hiaskan dengan udang dan cili merah, kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
4) Bila adunan telah lekang dari senduk, ulangi proses yang sama sehingga habis. Teruskan menggoreng hingga kuning. Hidangkan dengan sos cili.

Sos cili

10 biji cili kering, buang biji dan kisar
2 biji bawang putih, dikisar
1 cawan air asam jawa pekat
1 cawan gula merah @ manisan
½ cawan gula pasir
Sedikit garam
Sedikit bijan goreng ditumbuk sedikit.
 

Cara Menyediakannya

1)    Satukan cili kisar, bawang putih, air asam jawa, gula merah, gula pasir dan garam.
2)    Masak hingga mendidih dan pekat.  Bila telah sejuk, taburkan bijan goreng.  Hidangkan.

Share

Leave a Reply

Required fields are marked *.