Kuih Kelantan

Kuih Buah, Talam,Puding,Segera,Anika Nasi Dan Lain2 Asli Dari Kelantan

Beli Kuih Secara Online

| 0 comments

coverkkHUBUNGI

KELANTAN: Semuanya mudah dengan pembelian dalam talian. Trend terkini tidak perlu berbaris panjang, penat menunggu , malas nak ke pekan atau shopping mall atau malas nak masak sendiri ubah cara lama ke cara baru sekarang, berbelanja dengan mudah hanya melalui telefon bimbit atau melalui komputer sahaja.

Sekarang ini amat mudah dengan adanya laman yang menyajikan pelbagai jenis kuih muih tradisional dalam talian terunggul di negara ini, faktor kepayahan untuk memilih kuih yang mana untuk dijadikan sajian dan keperluan tidak timbul lagi.

KUIH Kelantan membuktikan laman  ini semakin mendapat tempat selain menjadi destinasi dalam talian terhangat di Malaysia khususnya warga Kelantan.

KUIH Kelantan akan membantu untuk mengubah cara rakyat Malaysia membeli belah. Diasaskan oleh Kak Ida yang merupakan suri rumah yang mengimpikan agar semua rakyat Malaysia mampu merasa citarasa asli keluaran Kelantan dengan kos yang murah dan jaminan kualiti barangan yang baik yang akan berkembang ke peringkat antarabangsa satu hari nanti.

Dilancarkan secara rasmi pada 20 April 2012 melalui laman facebook www.facebook.com/kuihkelantan, dari semasa ke semasa KUIH Kelantan mampu memperkenalkan lebih dari 100 jenis makanan tempatan untuk memberi penyelesaian kepada semua masyarakat bagi mengatasi kebuntuan dalam memilih jenis kuih muih yang sesuai untuk hidangan di majlis perkahwinan, jamuan keluarga, majlis harijadi juga untuk memperkenalkan kuih muih tempatan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kejayaan positif model perniagaan e-dagang ini membuatkan industri ini sedang bersiap sedia untuk bersaing dan memancu industri KUIH dalam talian terkini bagi memenuhi keperluan rakyat seluruh negara.

Terdapat pelbagai jenis kuih muih dan makanan yang disediakan dalam pelbagai kategori seperti kuih muih untuk mesyuarat, majlis rasmi, kuih untuk hantaran dan anika Nasi untuk kenduri kahwin,pertunanagan,harijadi dan sebagainya.

Katalog di laman web KUIH Kelantan www.kuihkelantan.com  terdiri dari kuih muih tempatan, kuih moden, kuih segera dan pelbagai jenis nasi traditional kelantan dan anika nasi terkini.

Tidak ketinggalan jenis-jenis kuih berasaskan ubi kayu dan bahan-bahan tempatan  yang mampu memenuhi kehendak semua.

Tempahan

Untuk sebarang tempahan pihak KUIH Kelantan memerlukan 3 hari bekerja untuk tempahan sebelum majlis dilaksanakan bagi membolehkan anda berpuas hati dengan khidmat dan kualiti kuih muih dan masakan yang disajikan.

 

Penghantaran

Bagi memudahkan usaha dan pembelian KUIH Kelantan, tempahan yang dibuat boleh diambil di sekitar pasar Wakaf Che Yeh setelah pesanan dibuat. Sekiranya tempahan banyak pihak kami bersedia untuk menghantar kelokasi anda.

Untuk kuih muih dan masakan yang tahan lama KUIH Kelantan juga menyediakan penghantaran mealui POS Ekspress atau sekiranya barangan tersebut diperlukan segera boleh juga dihantar menggunakan BAS Ekspress mengikut keperluan pengguna.

Keunikan KUIH Kelantan

Lebih dari 100 jenis kuih muih tempatan dan moden dengan pelbagai pilihan, mementingkan kualiti produk dengan menggunakan bahan dan rempah ratus yang asli dan bermutu dan segar.

Antara kuih muih yang paling laris dan sentiasa mendapat tempahan di hati pelanggan ialah kuih buah, kuih jala mas untuk hantaran, makaroni bakar, anika talam,puding dan seri muka dan pelbagai lagi.

Manakala untuk kategori nasi pula tempahan sering diterima untuk Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beriani, Nasi Minyak dan pelbagai lagi.

jalamashantaran new theme  kuihbuah new theme  MAKARONI BAKAR   Kuih Kelantan - Nasi Dagang 3  Nasi Minyak Hdang Promo1  Kuih Kelantan - Roti Jala2

Cara pembelian

KUIH Kelantan mempunyai pelbagai kategori pilihan pembelian seperti pembelian secara online dan pesanan melalui panggilan telefon/sms/whatsapp 0176019602 dan personal Message PM melalui www.facebook.com/messages/kuihkelantan.

Klik kepada laman web www.kuihkelantan.com untuk melihat sendiri barang-barang keperluan membeli belah anda atau hubungi 0176019602 (KAK IDA) untuk tempahan dan pertanyaan.

 

KUIH Kelantan sentiasa memberikan khidmat yang tiada tandingan dengan menawarkan perkhidmatan tambah nilai dan servis yang unik dan berkualiti setiap masa.

KUIH Kelantan mempunyai pelanggan dari seluruh pelosok Malaysia terutamanya di Kota Bharu sekitar Kelantan dan juga bandar-bandar utama yang lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk kampus-kampus kolej dan kawasan luar bandar yang lain.

Pengurus juga pengasas KUIH Kelantan, Wan Aidah Wan Mohd Taufek (KAK IDA), berkata, pengenalan kaedah membeli belah ini mampu mengubah cara hidup masyarakat agar dapat berbelanja dalam keadaan yang lebih selesa dan membuat keputusan untuk memilih jenis kuih muih yang sesuai untuk hidangan dan meletakkan bajet yang sesuai untuk majlis kenduri agar kenduri berjalan lancar.

Boleh kunjungi kami di www.kuihkelantan.com untuk sebarang maklumat atau LIKE kami di www.facebook.com/kuihkelantan. Sekian..

 

Diterbitkan: Isnin 09 Jun, 2014

Leave a Reply

Required fields are marked *.